| Kawal Aliran Kredit Bank (in Malay) | | |
|
|
Oleh Mohd. Khuzairi Iismail
rencana@utusan.com
MODAL insan kelas pertama di kalangan kakitangan kerajaan serta sektor kewangan sekali lagi menjadi perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai jentera penggerak ekonomi negara.
Kumpulan ini secara tidak langsung memikul tanggungjawab yang besar dalam memastikan pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM7 bilion dan pakej rangsangan kedua yang bakal diumumkan nanti.Dengan peranan itu, kumpulan ini perlu melakukan pembaharuan tidak hanya kepada corak kerja, tetapi paling utama perubahan minda. Perubahan minda itu pula tidak sekadar mempersiapkan kakitangan berkenaan untuk berdepan dengan cabaran ekonomi semasa, tetapi pada masa sama tampil sebagai peneraju di peringkat global.
Bagaimanapun dalam merangka pelan pengukuhan ekonomi dan kewangan, adalah penting untuk mengenal pasti punca permasalahan yang membawa kepada kelembapan seperti ketika ini. Ia perlu bagi memastikan pelan itu mampu menyerap krisis ekonomi yang disebabkan oleh pelbagai faktor dengan lebih cekap.
Bagi Ketua Jabatan Penyelidikan, Institut Antarabangsa Penyelidikan Syariah Mengenai Kewangan Islam (ISRA), Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, beliau melihat antara faktor yang mempengaruhi krisis kewangan ketika ini ialah masalah disiplin dalam pasaran. Masalah itu menyebabkan tiadanya kawalan secara berhemah terhadap peredaran dan aliran kredit. Dalam keadaan itu, timbul suasana panik di kalangan institusi kewangan untuk memaksimumkan keuntungan sehingga mengabaikan prinsip fundamental dalam pengurusan kredit.
Antara yang sering dipandang remeh ialah aspek penelitian secara rapi terhadap setiap permohonan hutang. Akibatnya, hutang disalurkan secara semberono tanpa melalui proses yang teliti. Keadaan ini diburukkan lagi dengan pelbagai inovasi baru dalam instrumen kewangan yang membolehkan hutang-hutang berisiko dipindahkan dari satu institusi ke institusi yang lain, juga tanpa seliaan yang rapi. "Akhirnya apabila hutang menjadi lapuk, seluruh rantaian kewangan menerima kesan besar dengan risiko keruntuhan seluruh sektor tersebut," katanya.
Masalah disiplin dalam pasaran ini juga menjadi antara punca utama keruntuhan institusi perbankan di Amerika Syarikat (AS) yang mendorong kepada kelembapan ekonomi ketika ini. Ia berlaku apabila institusi perbankan meluluskan pinjaman tidak berkredibiliti khususnya untuk sektor hartanah yang mencetuskan krisis sub prima.
Liberalisasi sistem kewangan itu antara lain mengurangkan elemen kawal selia dalam aliran keluar masuk dana.
Justeru Asyraf Wajdi mencadangkan, kerajaan dalam menerima pembaharuan sistem kewangan itu, tidak semestinya mengikut sistem luar terutamanya Barat. Sebaliknya, kerajaan perlu menekankan proses liberalisasi kewangan yang mengimbangi kebebasan keluar masuk dana dengan aspek kawalan. Peraturan itu bertujuan mengelak dana tersebut terdedah kepada risiko yang boleh memudaratkan dana-dana awam atau wang pendeposit tempatan.
Dalam berdepan dengan krisis ekonomi ketika ini, langkah mengenal pasti dan usaha meningkatkan daya tahan ekonomi sama ada di peringkat negara, serantau dan dunia harus digembleng secara kolektif. Di peringkat tempatan, masalah kelembapan ekonomi tidak seharusnya diletakkan di bahu kerajaan semata-mata.
Sebaliknya semua pihak termasuk sektor swasta, peniaga dan pengguna perlu memainkan peranan secara positif dalam membentuk persekitaran ekonomi domestik yang kukuh dan kondusif.
Di peringkat kerajaan, jelas Asyraf Wajdi, aspek urus tadbir korporat terhadap seluruh komponen kewangan terutamanya institusi kewangan yang secara langsung terlibat dalam mengurus dana dan deposit awam perlu dijadikan keutamaan.
Perlu ada pengasingan yang jelas antara aktiviti bank yang bersifat jualan dengan aktiviti yang bersifat pelaburan.
Ia penting bagi mengurangkan dana-dana dan deposit jangka pendek ini terdedah kepada risiko pelaburan berisiko tinggi sehingga mampu mengundang krisis kewangan yang lebih besar.
Aspek urus tadbir korporat yang baik itu juga berkait rapat dengan kepentingan elemen ketelusan dalam operasi kewangan.
Ia termasuk memastikan pengurusan risiko institusi kewangan berada pada tahap yang efisien dan efektif. Krisis kewangan tidak dapat dikesan lantaran ketidaktelusan aktiviti yang dijalankan terutamanya melibatkan aktiviti di luar penyata kewangan.
Dalam masa yang sama, kerajaan juga perlu memperketatkan pengawal seliaan operasi institusi kewangan bagi memastikan tidak berlakunya penyimpangan dalam operasi terutamanya membabitkan dana-dana awam. "Risiko yang mendedahkan dana-dana atau deposit awam ini harus diteliti secara rapi agar tidak terbabit dalam aktiviti kewangan yang berisiko tinggi dan di luar kawalan," ujar beliau.
Di samping itu, kerajaan juga perlu terus memperkukuhkan kecekapan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta agensi sokongannya yang lain.
Tanggungjawab yang lebih fokus perlu diberikan dalam memastikan industri sedia ada bertambah kompetitif manakala industri baru pula dapat dikenal pasti dan dieksploitasi sebaik mungkin. Dengan sokongan agensi kerajaan yang lain serta sektor swasta, usaha secara kolektif itu mampu menggerakkan industri seterusnya menyokong pertumbuhan ekonomi negara.
Kerajaan juga perlu mengenal pasti pakej-pakej menarik untuk mengekalkan pelabur tempatan dan luar negara untuk terus kekal menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan. Pakej itu pula mencakupi pelbagai bidang antaranya pengecualian cukai istimewa, peningkatan taraf infrastruktur dan pembangunan modal insan atau pekerja yang cemerlang. Keyakinan pelabur-pelabur itu penting bagi mewujudkan peluang pekerjaan di kalangan rakyat tempatan.
Di peringkat institusi perbankan pula tambah Aysraf Wajdi, sektor ini perlu mengimbangi antara keperluan menyalurkan kredit dan meneruskan aktiviti pembiayaan dengan sikap lebih berhemah dalam penilaian kredit.
"Bank juga tidak wajar terlalu bergantung kepada teknologi dalam menilai setiap permohonan sebaliknya perlu turut memanfaatkan faktor kemanusiaan dalam setiap pembiayaan," tegasnya. Bagaimanapun ramai yang bersetuju bahawa daya tahan ekonomi sesebuah negara terletak di tangan rakyat.
Justeru, krisis ekonomi ketika ini seharusnya menyatukan seluruh rakyat Malaysia untuk melihatnya dari sudut yang positif iaitu peluang bagi negara membina asas ekonomi negara yang lebih kukuh pada masa depan. Orang ramai juga perlu mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap sektor kewangan dengan tidak mempercayai khabar angin hingga mencetuskan suasana panik tanpa menyelidik situasi semasa.

Kelembapan ekonomi yang semakin terasa ketika ini juga seharusnya mendorong pengguna supaya lebih berhemah dalam berbelanja. Pengurusan kewangan yang bijaksana memastikan pengguna sentiasa berupaya untuk membayar hutang. Tempoh sukar ini juga wajar dijadikan medan buat pengguna untuk mengurus kewangan terutamanya dalam berbelanja secara berhutang atau menerusi kad kredit.
Sumber : Utusan Malaysia Online

Tidak ada komentar:
Posting Komentar